Header Ads

Tok Mat: 'Jangan panggil Najib mantan, tapi...'


Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang hadir dalam forum Bicara Minda  anjuran Sinar Harian kelmarin berjaya mencuit hati penonton yang hadir.

Mohamad Hasan yang juga mesra dengan panggilan Tok Mat turut menyelitkan peribahasa, perumpamaan dan gurindam sewaktu menjawab pelbagai soalan yang di ajukan oleh moderator, Tan Sri Johan Jaafar.


Loading...
Beliau turut memberi pandangan beliau berkenaan terma panggilan yang sesuai buat bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Moderator: “Salah satu peranan yang dimainkan adalah mantan Presiden (Najib). Sejauh mana pengaruh Najib dalam konteks (kemenangan) di Cameron Highlands?”

Tok Mat: “Pertamanya, kita jangan sebut perkataan mantan Tan Sri (Johan).

“Mantan ini bukan bahasa Melayu. Mantan ni short form (kata ringkas) ‘mundar mandir tanpa jawatan,” di susuli ketawa oleh beliau serta hadirin.

“Jadi kita sebut bekas lah kan. Saya pun tak suka orang panggil saya mantan,” tambah Tok Mat lagi.


Tok Mat turut ditanya berkenaan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berpandangan UMNO ketika ini hanya untuk mengekalkan Najib.

“Macam ni-lah Tan Sri. Bak kata orang tua-tua:

“Nak tahu panjang, berlikunya sungai, tanya pada seluang. Dalamnya lubuk, tanya memerang. Nak tahu lebarnya padang, tanya pada belalang. Nak tahu tebalnya hutan, tanya pak belang. Nak tahu eloknya orang, tanya pada kawan. Nak tahu tak eloknya orang, tanya pada lawan.

“Tan Sri tanya (berkenaan UMNO) kepada lawan, tak elok lah jawabnya,” jawab Tok Mat disambut dengan ketawa oleh hadirin.

Loading...

No comments


Loading...