Header Ads

SPRM bakal siasat Najib pula jika sahih kes RM90 juta dana 1MDB untuk PAS


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Najib Razak jika asas Umno memberi wang RM90 juta kepada musuh lamanya PAS.

Namun, ketua pesuruhjayanya berkata SPRM buat masa sekarang “masih tidak pasti” sama ada bekas perdana menteri dan mantan presiden Umno akan dipanggil, lapor Malaysiakini.

Loading...

“Ia bergantung dengan hasil siasatan tersebut. Buat masa ini, SPRM perlu memastikan adakah pemindahan wang RM90 juta memang berlaku seperti yang didakwa,” kata Datuk Seri Shukri Abdull.

Suruhanjaya itu memulakan siasatan setelah disyaki wang dari Umno itu diambil daripada penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hari ini, ahli jawatankuasa PAS Nik Abduh Nik Aziz, bekas naib presidennya Datuk Husam Musa dan bekas timbalan presiden Datuk Nasharuddin Mat Isa hari ini dipanggil ke SPRM.

Nik Abduh memberi keterangan di Kota Bharu, sementara senator Pakatan Harapan itu dan Nasharuddin berbuat demikian di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya.

Isu dana itu berbangkit semula apabila PAS tiba-tiba membatalkan saman terhadap Sarawak Report, sebuah portal di London, yang mendedahkan dakwaan tersebut pada 2016.

Isu yang berbangkit dalam kes tersebut sebelum ini termasuklah rakaman audio yang dikatakan suara Nik Abduh, anak bekas menteri besar Kelantan.

April tahun lalu, bekas ketua Pemuda PAS itu menafikan rakaman itu suaranya tetapi enggan membuat aduan polis atau mengambil tindakan undang-undang.

Husam antara pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) yang banyak membuat dakwaan isu ini, sementara Nasharuddin menafikan menerima dana 1MDB  seperti dituduh oleh PKR.

Loading...

No comments


Loading...