Header Ads

Siti Hasmah luang masa lawat Mohamed Azmin di hospital


Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan telah dimasukkan ke sebuah hospital dan telah selamat menjalani pembedahan.
Menerusi ciapan anak Azmin di twitternya, Farah Amira yang merakamkan penghargaan di atas kehadiran isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Ali yang melawat Azmin di hospital.

Loading...

Tun Siti Hasmah turut ditemani isteri Mohamed Azmin, Datin Seri Shamsida Taharin.
“A picture paints a thousand words, they say. Indeed, Abah  in high spirits, from the care, love and affection showered on him by Tun Dr. Siti who came to visit after Abah’s surgery,” kata Farah Amira di twitter.


Tun Siti Hasmah kelihatan berbual mesra sambil memegang tangan Mohamed Azmin yang terbaring di atas katil selepas menjalani pembedahan.
Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi melalui twitter rasminya turut mengucapkan terima kasih rakan-rakan politik yang menziarahinya seperti Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Dr. Afif Bahardin dan Hilman Idham.
“Saya hargai doa dan kiriman ucap selamat dari teman dan kenalan. Insya Allah dilindungi kita semua. Terima kasih di atas ziarah   kata Mohamed Azmin.
Menurut Farah Amira lagi, ayahnya kini semakin pulih dan tidak sabar untuk kembali bekerja. - Malaysian Update

Loading...

No comments


Loading...