Header Ads

Polis buat aduan, SPRM panggil pemimpin PAS isu terima RM90 juta dari Umno

Foto oleh Ismaweb

KUALA LUMPUR — Beberapa individu akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun pemimpin PAS.

Menurut sumber, kertas siasatan berhubung kes berkenaan telah dibuka susulan SPRM menerima laporan daripada pihak polis berhubung isu berkenaan pada petang semalam.

Loading...

“Beberapa individu termasuk yang berkaitan dalam isu ini akan dipanggil SPRM dan kami meminta semua pihak bersabar serta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan kes berkenaan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sumber berkata siasatan akan dibuat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001.



Sebelum ini, artikel yang dilapor oleh Sarawak Report pada Ogos 2017 antara lain mendakwa dana berjumlah RM90 juta “dipercayai” dimasukkan ke dalam akaun bank pimpinan atasan PAS bagi menarik mereka supaya menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN). — Bernama

Loading...

No comments