Header Ads

Perkhidmatan feri kuala perlis menjadi pilihan pelancong untuk ke Langkawi


Lebih 40,000 pelancong dari dalam dan luar negara memilih menggunakan perkhidmatan feri di Kuala Perlis untuk bercuti di Langkawi pada musim cuti perayaan Tahun Baharu Cina, sejak semalam.

Terminal Feri Jabatan Laut Kuala Perlis sesak termasuk penuh dengan kenderaan yang diletakkan merata-rata termasuk di bahu jalan berikutan tempat meletak kereta berbayar penuh.

Loading...

Tinjauan Bernama mendapati kebanyakan pelancong tempatan datang secara rombongan dengan bas atau van selain berkenderaan sendiri.

Beberapa pelancong yang ditemui berkata mereka lebih suka ke Langkawi melalui Kuala Perlis kerana jarak perjalanan lebih dekat dan menjimatkan masa.

“Ini mungkin menyebabkan terminal tersebut lebih sibuk dan sesak pada setiap musim cuti perayaan seperti Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Krismas,” kata seorang pelancong dari Kuala Lumpur, Mohd Hakim Abdul Razak.


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Negeri, Asmaiza Ahmad menasihatkan pelancong supaya menggunakan perkhidmatan fixed I am am dengan baik dan mengutamakan keselamatan diri dan anggota keluarga mereka.

“Walaupun Jabatan Laut membuat pengawasan termasuk dibantu kakitangan syarikat pengendali perkhidmatan feri, orang ramai bertanggungjawab menjaga keselamatan masing-masing,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau turut meminta rakyat Perlis supaya memberi perkhidmatan terbaik dan mesra kepada pelancong demi menjaga nama baik negeri ini.
Loading...

“Peniaga makanan juga hendaklah menjaga kebersihan premis perniagaan mereka, tidak mengenakan harga perkhidmatan keterlaluan manakala pengendali tempat parkir harus menjamin keselamatan kenderaan pelanggan mereka,” katanya.

-- Bernama

No comments