Header Ads

Peralatan ketinggalan zaman antara cabaran dihadapi KKMM

   Eddin Syazlee Shith - foto oleh Bernama

LANGKAWI - Peralatan ketinggalan zaman adalah antara cabaran yang dihadapi oleh agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di Perlis, Kedah serta Langkawi dan perkara tersebut akan dibawa ke pengetahuan menteri, kata Timbalan Menteri berkenaan, Eddin Syazlee Shith.

Katanya, semua permasalahan itu perlu diteliti termasuk menimbang memperbaharui kemudahan bagi membolehkan agensi-agensi berkenaan mendepani era digital dengan lebih baik.

Loading...

"Antara perkara dikenal pasti ialah peralatan yang sudah ‘outdated’, kemudahan sudah agak ketinggalan dan perlu diperbaharui.

“Ini adalah antara perkara yang kita akan teliti sebab jika mahu kepantasan dalam era digital ini, kita perlu buat penambahbaikan dari segi peralatan," katanya kepada pemberita pada program ramah mesra bersama agensi KKMM di Jabatan Penyiaran Langkawi, di sini, hari ini.


Untuk rekod, Eddin Syazlee telah melawat serta mendengar taklimat daripada ketua-ketua jabatan agensi KKMM di Perlis dan Kedah semalam. 

-Bernama

No comments