Header Ads

Pengantin jatuh sungai gara-gara pelamin runtuh

    The Jakarta Post

JAKARTA - INDONESIA. Kegembiran menikmati detik bersejarah pasangan pengantin bertukar insiden mencemaskan apabila pentas pelamin runtuh secara tiba-tiba.

Suasana menjadi panik apabila pentas yang dibina di atas sungai itu runtuh mengakibatkan semua tetamu termasuk pasangan pengantin terjatuh ke dalam sungai.

Loading...

Rakaman video berdurasi satu minit 19 saat tular di media sosial.

Menerusi rakaman itu, beberapa tetamu dilihat terjatuh ke dalam sungai dan berusaha untuk keluar sambil dibantu tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan itu.

Kemudian selang 20 saat, video itu menunjukkan dari arah bawah pentas, terdapat pengantin perempuan dalam keadaan basah berusaha untuk keluar dan pada masa sama ia tetap tersenyum ketika orang ramai prihatin kepadanya.


Begitu juga dengan pengantin lelaki keluar dari bawah pentas dalam keadaan basah kuyup.

"Kejadian itu berlaku Sabtu lalu di Kecamatan Kapuk, Cengkareng, Jakarta Barat," kata Ketua Badan Penanggulangan Bencana Jakarta, Jupan Royter.

Beliau memberitahu tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

-The Jakarta Post
Loading...

No comments


Loading...