Header Ads

Kerajaan berwibawa tidak akan terima pemimpin miliki sijil palsu, kata mufti

Dr Mohd Asri Zainul Abidin - Foto oleh BH Online

MUFTI Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, hari ini berkata sesebuah kerajaan yang mementingkan integriti tidak akan menerima sebarang penipuan dalam kalangan anggota kepemimpinan mereka.

Beliau berkata mana-mana kerajaan yang berwibawa di dunia ini tidak akan membenarkan wujud dalam kepimpinan mereka anggota yang memiliki sijil palsu atau sijil beli. 


Loading...

Perbuatan tersebut melambangkan individu terbabit tidak memiliki sifat amanah dalam dirinya.

"Tidak jujur tentang pemilikan sijil adalah lambang tidak amanah dalam diri." tulis Dr Mohd Asri di media sosialnya lagi.

Kenyataan itu walaupun bersifat umum, namun dikeluarkan ketika pelbagai pihak mempertikaikan kelayakan akademik Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya. 

"Jika mana-mana kerajaan menyimpan anggota yang sedemikian, bererti ia sebuah kerajaan yang tidak begitu mengambil berat soal integriti," katanya lagi.

Marzuki yang juga setiausaha agung Bersatu, sebelum ini didakwa memalsukan kelayakan akademiknya kerana mendakwa mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Cambridge.

Namun Marzuki semalam menjelaskan ijazah yang dimilikinya adalah dari Cambridge International University yang berpusat di AS, dan bukannya University of Cambridge di United Kingdom.

"Saya fikir mereka (pengkritik saya) salah faham (kelayakan saya). Saya (belajar) di Cambridge International University di AS.

"Saya membuat logistik (sebelum menyertai politik), jadi saya hanya mengambil sijil untuk pengetahuan saya untuk mengembangkan perniagaan saya.

"Sebagai CEO syarikat, saya ingin memperluaskan pengetahuan dan perniagaan saya," katanya kepada sebuah portal baru-baru ini.

Berikutan daripada dakwaan tersebut, seorang aktivis politik, Muhsin Abdul Latheef telah membuat laporan polis terhadap pemilik akaun itu.

Marzuki berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan tersebut.

Beliau juga akan membuktikan Ijazah Sarjana Muda daripada universiti Cambridge yang diperolehnya adalah tulen. - Malaysian Update

Loading...

No comments


Loading...