Header Ads

Kantoi! Israel pernah halang atlet Palestin hadiri acara Olimpik di Jerusalem


Pada tahun 2012, Israel telah melarang atlet Palestin lumpuh yang ditaja oleh Britain untuk menyertai sambutan pra-Olimpik di Baitulmaqdis.

Loading...


Khamis Zakout pada ketika itu memberitahu media bahawa konsulat British telah menjemputnya bersama lima lagi orang atlet Palestine untuk meraikan sambutan tersebut, sebaliknya dia antara satu-satunya atlet diharamkan untuk hadir.

Tentera Israel mengatakan Zakout telah dihalang kerana alasan keselamatan.

Zakout yang berusia 47 tahun itu berkata dia tidak mempunyai rekod keselamatan dan bekerja di Israel sebelum kakinya lumpuh dalam kemalangan kerja di sana pada tahun 1992.



Zakout merupakan atlet paralimpik acara melontar lembing dan menembak yang merancang untuk mara ke sukan Olimpik London pada tahun itu.


Sumber: ESPN

No comments