Header Ads

'Jika dahulu Najib buat semua tu, mungkin dia masih lagi jadi PM', kata Tun Mahathir


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata populariti mendadak yang dikecapi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanya sekadar di media sosial sahaja.

Populariti itu tidak menggambarkan realiti sebenar sokongan rakyat dan Najib tidak di anggap sebagai satu ancaman buat kerajaan, kata Tun Mahathir yang juga merupakan Pengerusi Pakatan Harapan lagi.


Loading...

Tun Mahathir membidas kembali kritikan yang diutarakan Najib kepada kerajaan melalui laman Facebook dan Twitter, mengapa segala kritikan itu tidak diselesaikan sendiri sewaktu Najib menjadi Perdana Menteri dahulu.

“Mengapa dia tidak buat semua perkara itu sewaktu menjadi Perdana Menteri dahulu? Jika dia buat, kemungkinan besar dia masih lagi jadi Perdana Menteri sekarang.

“Masa zaman dia, apabila orang ditangkap, belum didakwa sudah terpaksa memakai baju oren (pakaian lokap) dan sebagainya.



"Tetapi zaman ini, dia masih lagi bebas pergi ke mana mana memberi ceramah dan sebagainya. Ini menunjukkan kami ini kerajaan yang adil, bukan diktator,” kata Tun Mahathir lagi selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden PH di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Sebelum ini dilaporkan selepas tidak lagi menjadi Perdana Menteri, Najib Razak semakin mendapat perhatian dan sanjungan warga internet atau netizen sehingga ada yang menobatkan beliau sebagai ‘Raja Troll’. - Malaysian Update

No comments