Header Ads

JHEV dedah pemberian Bantuan Bakti Negara (BBN) guna wang hasil jual tanah kem ATM

Mejar Jeneral Datuk Dzulkarnain Ahmad - Foto oleh Sinar Harian

Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) hari ini mendedahkan bahawa pemberian Bantuan Bakti Negara (BBN) kepada Veteran ATM oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah daripada hasil penjualan tanah kem milik ATM.

Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Datuk Dzulkarnain Ahmad berkata, BBN merupakan bantuan tahunan yang mula dilaksanakan pada tahun 2016 berjumlah RM1,000 kepada veteran ATM yang tidak berpencen bagi mengurangkan beban kewangan mereka.

Loading...

Jumlah itu kemudiannya ditingkatkan kepada RM1,200 bagi tahun 2017, jelas Dzulkarnain dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

“Kementerian Kewangan tiada memperuntukkan dana bagi pembayaran BBN yang dilaksanakan pada tahun 2016 dan 2017.

“Peruntukan BBN sebelum ini berjumlah RM53 juta adalah hasil daripada penjualan tanah kem ATM yang pada asalnya bertujuan untuk menaik taraf kem sedia ada.

“Tindakan ini telah mengakibatkan program menaik taraf kem-kem ATM sedia ada ditangguhkan. Justeru, bagi tahun 2018 dan 2019 keutamaan diberikan kepada program-program menaiktaraf kem ATM sedia ada yang tertangguh,” katanya, seperti dilapor portal airtimes.

Dzulkarnain berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah portal berita mengenai pesara tentera terkilan kerana tiada bantuan RM1,200 seperti zaman pemerintahan BN.

“Walau bagaimanapun, Kementerian Pertahanan peka terhadap beban kewangan yang dihadapi veteran dak berpencen dan sedang membuat kajian bagi mencari alternatif lain bagi membantu meringankan beban kos sara hidup mereka.

“Perkara ini akan dibentangkan pada Majlis Veteran Kebangsaan (MVK) yang dijangka akan bersidang pada 28 Februari ini,” ujarnya.

Loading...

No comments


Loading...