Ini kerana katanya, Perdana Menteri mempunyai segala maklumat tentang anggota Kabinetnya termasuk kelayakan akademik.

Loading...


"Semua hal peribadi termasuk maklumat mengenai sijil akademik ada pada Tun Mahathir. Beliau boleh menentukan individu tersebut perlu dikekalkan di dalam Kabinet atau tidak, jadi saya tidak mahu komen apa-apa berkenaan certificate orang lain," katanya kepada pemberita hari ini.
Mohamad berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada pemimpin kerajaan yang terpalit isu sijil akademik perlu meletak jawatan.


Beliau sebelum itu menyempurnakan Majlis Pengiktirafan Rakan Penaja Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2019, di sini. - Bernama