Header Ads

Hilang ketika mandi pantai, kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas


JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas selepas hilang ketika mandi di Pantai Tanjung Balau, Desaru dekat Kota Tinggi hari ini.

Loading...

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fadli Ismail berkata, mangsa dikenali sebagai Nurul Ain Sajali, 9, berasal dari Kota Masai, dekat Pasir Gudang.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 5.03 petang dan seramai 10 anggota bomba terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak terbabit.

“Difahamkan, kanak-kanak itu pergi ke pantai tersebut bersama ibu bapa dan anggota keluarga lain.


"Kehilangannya disedari keluarga pada kira-kira 3 petang lalu melakukan pencarian sendiri sebelum menghubungi talian kecemasan MERS 999,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd Fadli berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa masih dilakukan setakat ini (9.30 malam), namun, hanya ditumpukan di persisiran pantai.

Katanya, keadaan laut di lokasi kejadian dilihat bergelora dan bendera merah turut berkibar sebagai amaran keadaan laut tidak selamat bagi pengunjung.
Loading...

Operasi mencari dan menyelamat mangsa akan diperluaskan mulai 7 pagi esok, katanya.

- Bernama

No comments