Header Ads

Anwar bertemu Dr Mahathir kerana ada ‘hal yang mendesak’?


Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya semalam. — Foto ihsan Facebook Anwar Ibrahim

Presdien PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bertemu dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berbincang berkenaan dengan "beberapa hal yang mendesak”.

Sebelum ini tersebar di media sosial gambar Anwar bertemu Dr Mahathir di pejabat beliau.

Loading...


Anwar tidak menjelaskan apa agenda sebenar ataupun maksud tentang “hal mendesak” itu.

Presiden PKR itu yang baru sahaja pulang dari Qatar telah bertemu dengan pengerusi Pakatan Harapan (PH) di Putrajaya semalam.

“Semalam bertemu Dr Mahathir sebelum berlepas ke luar negeri [semula]. Sempat bertukar pendapat beberapa hal yang mendesak. Alhamdulillah,” tulis Anwar ringkas di Facebooknya hari ini.



Beliau turut memuatkan sekeping foto pertemuan tersebut yang dilaporkan diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Ketika ini ramai yang terus berteka-teki mengenai situasi semasa antara Anwar dan Dr Mahathir selepas baru-baru ini timbul spekulasi bahawa akan ada rombakan kabinet membabitkan Menteri Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali  selepas sambutan Tahun Baru Cina.

Kedua-duanya menafikan spekulasi tersebut, malah Tun Mahathir juga berkata barisan kabinet sedia ada akan kekal seperti biasa, tiada perubahan.

Mengikut perjanjian ketika PH ditubuhkan, Anwar akan menggantikan Dr Mahathir sebagai perdana menteri kelapan. 

Bagaimanapun tempoh masa penggantian itu tidak dijelaskan secara rasmi sama ada dua tahun atau mungkin lebih. - Malaysian Update

Loading...

No comments


Loading...