Header Ads

Anak Vincent Tan sahkan pertemuan Syed Saddiq dengan bapanya, minta pasarkan produk anak muda


ANAK pemilik rangkaian 7 Eleven mengesahkan sendiri bahawa Menteri Belia dan Sukan, telah berjumpa hartawan Vincent Tan, untuk memperkenalkan produk-produk anak muda untuk dipasarkan di rangkaian kedai tersebut.

Menerusi laman Instagram miliknya Morvin menyuarakan perkara tersebut dengan berkata dalam pertemuan itu, Syed Saddiq telah membangkitkan isu-isu tentang sukan, anak muda dan juga produk-produk tempatan.

Loading...

"Saya ada dalam mesyuarat itu dan boleh mengesahkannya, YB Syed Saddiq telah berjumpa dengan ayah saya TSVT (Tan Sri Vincent Tan) dan tujuan perbincangan itu hanyalah tentang sukan, anak muda dan produk tempatan."

"Dia mahu memperkenalkan ketiga-tiganya, dan meminta ayah saya untuk 7/11 (7 Eleven) memasarkan lebih banyak produk-produk tempatan." tulis Morvin di Instagram.

Morvin Tan yang juga merupakan ketua pegawai operasi Berjaya Times Squares, ayahnya bersetuju dengan ketiga-tiga perkara itu dan berjanji untuk membincangkan lebih lanjut perkara ini bersama pasukan yang menguruskan rangkaian 7 Eleven.



"Ayah saya bersetuju, dan katanya dia akan beritahu pasukan 7/11. Kami kini sedang mengkaji tentangnya. Saya rasa sangatlah tidak adil untuk mengkritik sebelum mengetahui semua cerita," tulisnya lagi mengenai pertemuan Syed Saddiq bersama ayahnya.



Sebelum ini pengasas produk minuman botol jenama "Hausboom", Azri Zahier Azmi telah membuat serangan secara terbuka terhadap Syed Saddiq Syed Abdul Rhaman dengan menuduh Ahli Parlimen Muar itu tidak mengotakan janjinya untuk mempromosikan produk minumannya dan memperkenalkan profil syarikat kepada kabinet.

Syed Saddiq menjawab serangan itu dengan berkata beliau bukan saja telah membawa minuman itu ke kabinet malah telah bertemu dengan Tan Sri Vincent Tan untuk membolehkannya dijual di rangkaian 7-Eleven milik ahli perniagaan itu. - Malaysian Update

Loading...

No comments