Header Ads

Ahmad Razif letak jawatan ketua pembangkang DUN T'ganu


Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman meletak jawatan selaku ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

Tindakan itu difahamkan sebagai memberi laluan kepada wakil rakyat Kijal Datuk Seri Ahmad Said yang dilantik menerajui Umno negeri pada awal Januari lalu.

Loading...


Setiausaha DUN Terengganu Zulkifly Isa mengesahkan penerimaan surat peletakan jawatan dari wakil rakyat Seberang Takir hari ini, lapor Harian Metro.

“Kebiasaannya, cadangan nama ketua pembangkang DUN Terengganu akan diputuskan oleh Badan Perhubungan Umno negeri,” katanya.

Persidangan DUN Terengganu termasuk perasmian dewan dijadual diadakan selama empat hari mulai 1 April depan.

Loading...

No comments


Loading...