Header Ads

99 saman dikeluarkan semasa Op samseng jalanan


PARIT BUNTAR – Polis daerah Kerian mengeluarkan 99 saman atas pelbagai kesalahan kepada penunggang motosikal dan pemandu lori serta kereta dalam Op Samseng Jalanan, di Jalan Pantai, Kuala Kurau semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacub berkata antara kesalahan dilakukan termasuklah, tidak mempunyai lesen memandu, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, tiada cukai jalan, tiada insurans, tidak memakai topi keledar dan tiada lampu brek.

Loading...

Beliau berkata dalam operasi itu sebanyak 90 buah motosikal diperiksa, kereta (10), lori (5) dan 10 kenderaan pacuan empat roda.

“Operasi itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membanteras gejala samseng jalanan yang dilaporkan di kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya polis percaya kawasan itu dipercayai dijadikan lokasi lumba haram dan usaha membendungnya kerap dijalankan.

Omar Bakhtiar berkata operasi bermula pada pukul 5 petang hingga 9 malam itu disertai 41 anggota polis selain dua pegawai dan lapan pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).


Menurut beliau AADK telah menahan dua lelaki masing-masing berumur 17, dan 27, tahun kerana menagih dadah jenis Methamphetamine serta Morphine. 

- Bernama

No comments