Header Ads

UMNO perlu jauhkan amalan beri habuan pada kroni


SHAH ALAM - Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa mengingatkan ahli parti supaya membersihkan Umno daripada amalan yang boleh menjejaskan perjuangan mereka demi agama, bangsa dan negara.

Beliau berkata, ia termasuk amalan memberikan habuan kepada kroni yang perlu dijauhkan.

Loading...
"Jika ada yang mahu mengejar habuan, beliau 'mengalu-alukan' individu terbabit untuk segera 'menyeberang'.

"Di seberang sana, mereka sedang berjuang untuk diberi habuan kepada kroni. Nah! Segeralah ke sana bagi hidupnya yang mengejar habuan.

"Kita di sini di bawah pimpinan yang komited membersihkan parti dari amalan sedemikian dan kembali ke asal perjuangan, demi agama, bangsa dan tanah air," katanya menerusi ciapan di Twitter miliknya hari ini.

Kenyataan Annuar dilihat seolah-olah menyindir pimpinan Bersatu berhubung cadangan Naib Presidennya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman agar pemberian kontrak diberikan secara rundingan terus demi meraih sokongan penduduk setempat dalam PRU15.


Bagaimanapun, cadangan itu menerima dibidas ramai pihak termasuk Armada yang dipimpin Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

-Sinar harian

No comments

Loading...
loading...