Header Ads

Tular video wakil rakyat PH 'hilang sabar' selepas kenderaan yang membawa jentera PH ditahan penyokong BN


Sejak semalam tersebar rakaman video yang menunjukkan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH), Tengku Zulpuri Shah Raja Puji yang dilihat hilang sabar apabila kenderaan yang membawa jentera PH ditahan.

Dilaporkan kenderaan yang membawa jentera PH itu ditahan dan bendera yang ditampal pada kenderaan itu telah dikoyak oleh penyokong BN.

Loading...


Penyokong BN dikatakan telah bertindak menahan pacuan empat roda itu dan mengoyakkan bendera Malaysia yang ditampal padanya bagi membuktikan bahawa kenderaan tersebut adalah milik Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

Penyokong BN mahu membuktikan jentera PH telah menyalah gunakan harta kerajaan untuk berkempen dalam PRK Cameron Hihglands.



Dalam rakaman video yang tersebar itu, Tengku Zulpuri mengakui mereka (penyokong BN) ada hak untuk mencari bukti (PH salah guna harta kerajaan untuk berkempen) tetapi mereka tiada hak untuk menahan dan mengoyakkan bendera yang disifatkannya sebagai perbuatan kurang ajar.

"Cari (bukti) boleh, tapi awak tak boleh koyak macam gitu, awak tak boleh buat kurang ajar," katanya kepada salah seorang penyokong BN dalam video berkenaan.

Beliau berkata lagi, mereka (penyokong BN) juga boleh ambil gambar kenderaan dan nombor pendaftaran untuk membuat laporan (kepada SPR) tak perlu tahan dan koyakkan bendera seperti gangster.

Sebelum ini telah tersebar rakaman video penyokong BN mengoyakkan bendera Malaysia yang ditampal pada pintu kenderaan jenis pacuan 4 roda dinaiki oleh jentera PH sebelum ini.
Di sebalik bendera itu kelihatan bendera Pakatan Harapan menutupi logo Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. 

Video itu turut dimuat naik di halaman Facebook milik bekas perdana menteri, Najib Razak.

No comments