Header Ads

Tular video Najib cuci tangan guna 'sanitizer' lepas salam penyokong


Tular rakaman video menunjukkan mantan perdana menteri, Najib Razak dilihat mencuci tangan guna 'sanitizer' selepas bersalaman dengan salah seorang lelaki memakai vest Barisan Nasional. 

Najib kelihatan bersalam agak lama dengan lelaki di dalam video tular itu yang dipercayai merupakan salah seorang penyokong BN.

Loading...


Video berkenaan dipercayai dirakam ketika beliau turun berkempen untuk calon BN dalam pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highland kelmarin.

Tidak pula dapat dipastikan kenapa Najib sampai perlu menggunakan 'sanitizer' untuk mencuci tangannya pada ketika itu.

Mungkin itu memang tabiat biasa bekas perdana menteri itu yang begitu alergik dengan kuman dan begitu menjaga kebersihan sehingga perlu mencuci tangannya gunakan 'sanitizer' setiap kali bersalaman dengan para penyokongnya.

Sebenarnya tak menjadi isu pun kerana menjaga kebersihan memang baik dan dituntut dalam Islam, tetapi nampaknya perkara itu telah dijadikan modal oleh segelintir pihak seolah-olah bekas perdana menteri itu merasa jijik apabila bersalaman dengan penyokong-penyokong bawahan.

Jadi janganlah kita terlalu cepat menilai hanya melalui video dan gambar yang tersebar di media sosial. Apa-apa pun bersangka baik itu lebih baik.





No comments


Loading...