Header Ads

Tular video menteri, peguam negara dan Siti Kasim menari di media sosial


Tular di media sosial klip video tarian memaparkan Menteri Undang-Undang Datuk Liew Vui Keong bersama ketua hakim Tan Sri Richard Malanjum dan peguam negara Tommy Thomas menari mengikut rentak lagu dalam majlis rasmi.

Dalam video tular yang lebih seminit itu, turut kelihatan peguam kanan Datuk S Ambiga dan aktivis Siti Kasim menari atas pentas dalam Majlis Makan Malam Tahun Perundangan 2019.


Loading...
Video ini menjadi perhatian di media sosial kerana ada beberapa individu penting dalam sistem perundangan dan kehakiman yang didakwa “mencalar institusi kehakiman dan sistem keadilan negara”.

Dalam video itu jelas memaparkan Menteri Undang-Undang Datuk Liew Vui Keong bersama ketua hakim Tan Sri Richard Malanjum dan peguam negara Tommy Thomas menari mengikut rentak lagu dalam majlis rasmi.

“Sejak dulu institusi kehakimanan dan perundangan negara amat sensitif dengan apa jua bentuk pergaulan sosial,” kata Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki itu dalam kenyataannya.

“Terutamanya para hakim yang mampu menggugat keyakinan masyarakat terhadap kehormatan, nilai etika, integriti dan adab susila mereka.”

Siti Kasim bagaimanapun menjawab kontroversi itu dengan berkata majlis keraian itu melibatkan pengamal perundangan, maka sudah tentu dihadiri tokoh utama dalam bidang berkenaan.

“Tidak hairanlah ketika bawah pentadbiran Barisan Nasional, segalanya ditutup. Cuba berpura-pura dan menjadi hipokrit” kata peguam itu lagi dalam kenyataan di Facebooknya miliknya hari ini.

“Sekurang-kurangnya kami tidak menyembunyikan apa-apa. Ia perkara biasa, cuma majlis makan malam dan kami ‘berhibur’. Atau mereka sudah tidak faham perkataan itu?”

Turut mengulas mengenai video tersebut ialah bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

“Bekas peguam negara juga pernah menari dengan bekas menteri-menteri. Sudah lupa apa kenyataan Pakatan Harapan waktu itu,” katanya di Twitter hari ini. 

“Saya cukup ingat saya tidak pernah menari dengannya.” kata Khairy lagi.

No comments


Loading...