Header Ads

Tular video kenderaan kerajaan diguna untuk kempen PRK Cameron Highlands


KUALA LUMPUR – Dua lelaki memakai baju parti politik Pakatan Harapan dikesan menggunakan kenderaan kerajaan untuk melakukan tugasan parti.

Kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki kedua-dua lelaki tersebut mempunyai logo Jabatan Perhutanan Negeri Pahang yang disembunyikan di bawah bendera parti Pakatan Harapan dan Jalur Gemilang.


Loading...

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Cameron Highlands yang kini sedang berlangsung pilihan raya kecil.

Dalam video yang tular di media sosial itu lelaki yang memandu kenderaan tersebut hanya menjawab tidak tahu ketika diacu pertanyaan mengapa menggunakan kenderaan kerajaan untuk berkempen.



Pagi tadi Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak memaklumkan kerajaan negeri menarik balik sebuah kenderaan yang dipinjamkan kepada kerajaan Pusat sebelum ini.


Dr. Sallehuddin berkata, arahan penarikan balik kenderaan milik jabatan terbabit dikeluarkan oleh beliau pagi tadi.

Difahamkan, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang diminta menyediakan kenderaan pacuan empat roda untuk kegunaan seorang Timbalan Menteri yang mengadakan lawatan kerja ke kawasan Cameron Highlands sejak minggu lalu.-UTUSAN ONLINE

No comments


Loading...