Header Ads

'Terima kasih rakyat malaysia kerana yakinkan saya Tun M pilihan terbaik', kata Azmin

Azmin Ali berselfie bersama Tun Mahathir - Foto oleh the Star

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerusi akaun Twitter rasminya berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berikrar akan berkhidmat sehingga ke akhir hayatnya.

Beliau turut menyatakan rasa syukur dengan perkhidmatan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Loading...

Mohamed Azmin turut menyampaikan rasa terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana meyakinkan beliau bahawa Tun Mahathir merupakan "the best choice" (pilihan terbaik) untuk memimpin negara kini.

Sebelum ini pada penghujung Disember tahun lalu, Mohamed Azmin yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR turut mendoakan kesihatan yang berpanjangan buat Tun Mahathir ketika beliau mengerjakan ibadah umrah bersama ahli keluarga.

“Saya juga mendoakan di hadapan Kaabah semoga Allah SWT menganugerahkan YAB Tun (Tun Dr Mahathir) dengan kesihatan yang terbaik dan kekuatan untuk memimpin umat dan negara Malaysia," tulis beliau di Twitter.


Sebelum ini Mohamed Azmin menghadapi pertarungan sengit bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR yang akhirnya dimenangi beliau sekali gus membolehkan beliau buat pertama kali bergandingan dengan mentornya dan bakal Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun pemerhati politik melihat ke­menangan Mohamed Azmin mungkin boleh memberi tekanan kepada Anwar ekoran persepsi liar kononnya Presiden PKR itu lebih selesa bersama Rafizi, selain tidak menolak kemungkinan peralihan kuasa yang lebih cepat untuk Mohamed Azmin menjadi Perdana Menteri selepas Anwar. - Malaysian Update

No comments