Sultan Abdullah dimasyhur Sultan Pahang
Foto oleh Kosmo!
SULTAN Abdullah Sultan Ahmad Shah, hari ini, dimasyhurkan
sebagai Sultan Pahang VI, menggantikan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah.
Pemasyhuran yang penuh adat istiadat diraja di Balairung Seri,
Istana Abu Bakar, Pekan diumumkan oleh Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman
Sultan Ahmad Shah, yang membacakan Pengisytiharan Pelantikan Raja di bawah
Perkara 9A Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang (Bahagian Pertama).
Loading...
“Maka adalah dengan ini dimasyhurkan bagi pengetahuan orang
ramai bahawa Jumaah Pangkuan Negeri kali ke-110 yang bermesyuarat pada 11
Januari 2019 bersamaan 5 Jamadilawal 1440 Hijrah dan mengikut hukum syarak
bersetuju memilih, melantik dan memasyhurkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku
Mahkota Tengku Abdullah Alhaj DK SSAP, SIMP, DK Terengganu, DK Johor, Pemangku
Raja Pahang, Waris Ganti menjadi raja pemerintah yang menaiki takhta negeri
Pahang dan segala jajahan takluknya bagi menggantikan Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah berkuat kuasa 11
Januari 2019 bersamaan 5 Jamadilawal 1440 Hijrah.
“Maka yang demikian ketahuilah pada semua yang hadir seluruh
rakyat Pahang dan semua orang supaya mengambil maklum dan menjunjung taat setia
kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdullah Alhaj ibni Sultan Haji
Ahmad Shah,” katanya.
Pemasyhuran Sultan Abdullah sebagai Sultan Pahang yang
baharu hari ini melayakkan baginda dalam senarai pemilihan sebagai Yang
di-Pertuan Agong XVI.
Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja bagi tujuan memilih Yang
di-Pertuan Agong baharu, berikutan peletakan jawatan oleh Sultan Kelantan
Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong XV pada 6 Januari lepas, akan
diadakan pada 24 Januari ini di Istana Negara. - Bernama
Post a Comment