Header Ads

Serang Facebook Israel, tahniah askar "Makcik Bawang", anda memang berani!


Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini dengan tegas melarang kemasukan atlet dari Israel daripada menyertai Kejohanan Renang Para Dunia yang akan diadakan di Sarawak pada Julai nanti.

Perkara itu nampaknya telah menimbulkan rasa kurang senang daripada pemimpin dan juga rakyat dari ‘negara’ berkenaan.

Loading...


Tun Mahathir sebelum ini memang diketahui amat tegas dalam membela isu Palestin dan sentiasa mengkritik mengenai penubuhan 'negara' Israel.

Membalas mengenai larangan Malaysia, jurucakap Kementerian Luar Israel telah melabel Dr Mahathir sebagai anti semitik kerana tidak membenarkan atletnya memasuki Malaysia.

Sebuah laman Facebook yang ‘pro-Israel’ dengan sesuka hati telah memuat naik status menyanggah ketegasan perdana menteri dengan mengatakan “Mana-mana pemimpin dunia yang melarang Israel bersukan di negara mereka seharusnya DISINGKIRKAN dari pejabatnya”.


Bagaimanapun kiriman di Facebook "Stand for Israel telah diserang dengan lebih 52,000 komen-komen dari rakyat Malaysia yang bergabung tenaga menggelarkan diri mereka sebagai "Askar Makcik Bawang" atau Onion Army.

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam artikel yang dikongsi oleh laman Facebook pro-israel itu, dilapor menegaskan bahawa "Tiada tempat untuk atlet Israel dalam Malaysia," dan enggan mengeluarkan visa kemasukan untuk pasukan renang dari Israel kerana Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Tun Mahathir menegaskan bahawa negaranya tidak akan mengeluarkan visa untuk atlet Israel yang dijadual akan menyertai Kejohanan Renang Paralimpik Dunia 2019.

Malah Perdana Menteri juga menekankan, sekiranya maklum balas terhadap ketegasan itu, maka penganjur mahu membatalkan acara berkenaan, "mereka dipersilakan buat begitu,"

Antara komen yang mendapat paling banyak ‘likes’ adalah komen daripada Siti Nur Ain Azizan yang mengatakan rakyat Malaysia bukan anti semitik. “Rakyat Malaysia bukan anti semitik. Kami mengalukan semua negara kecuali Israel. Lagipun, sejak bila Israel adalah sebuah negara? 

“Sebagai rakyat Malaysia, saya menyokong perdana menteri saya, katakan tidak kepada Israel,” tulisnya lagi yang telah mendapat hampir lebih 8,000 likes.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Sim Hee Kyung pada hari rabu juga berkata, negaranya tidak akan membenarkan atlet sukan Israel masuk ke Malaysia sambil menyebut dasar Malaysia "jelas," tentang isu Israel.

Kementerian itu menekankan bahawa "Kerajaan kekal dengan pendirian berhubung isu ini, sebagai satu cara membantah penindasan Israel terhadap rakyat Palestin,"

Anda pun nak ikut sama berjuang bersama "Askar Makcik Bawang"? Klik sini — Stand for Israel

No comments