Header Ads

'Saya tidak diberitahu mengenai lantikan Jamil' - Muhyiddin


PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin beranggapan kerusi Ketua Pengarah Imigresen kosong selepas pelantikan Datuk Jamil Rakon bagi menggantikan Datuk Seri Mustafar Ali dibuat tanpa pengetahuannya.

"Sebenarnya saya tidak diberitahu mengenai lantikan (Jamil) itu kerana kebiasaanya jika ada kekosongan dalam kementerian, menteri akan dimaklumkan," katanya.

Loading...

Justeru katanya, beliau telah mengemukakan nama Datuk Khairul Dzaimee Daud untuk mengisi jawatan itu.

"Dengan itu, saya kemukakan nama dan mereka bersetuju.

"Jadi bagi saya tidak jadi masalah," katanya pada sidang media selepas menyampaikan Amanat Tahun Baharu KDN, di sini.

Khamis lalu, Jamil menerima Nota Serah Tugas sebagai Ketua Pengarah Imigresen baharu daripada Mustafar.

Bagaimanapun semalam, KDN mengumumkan lantikan Khairul Dzaimee berkuatkuasa hari ini.
KDN turut mengumumkan kedudukan Jamil dikekalkan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan.

Sementara itu, Khairul Dzaimee ketika ditemui berkata, beliau terkejut dan rasa tercabar dengan tanggungjawab itu.

"Saya akan buat yang terbaik," katanya yang enggan mengulas spekulasi bahawa lantikannya adalah sebagai kroni.


Khairul Dzaimee sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) kementerian itu sejak Julai 2018 dan berpengalaman dalam bidang pengurusan keselamatan dan imigresen.

-sinar harian

No comments

Loading...
loading...