Header Ads

Saman fitnah terhadap dua ADUN ditarik balik



GEORGETOWN: Bekas Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menarik balik saman fitnah yang difailkan terhadap dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.
G Rajasegar, yang juga Presiden Kongres India Utara (NIC), bersetuju untuk menarik balik saman fitnah terhadap ADUN Jawi, H’ng Mooi Lye, dan ADUN Sungai Bakap, Dr Amar Pritpal Abdullah, yang difailkan pada Februari tahun lalu.

Loading...

Rajasegar dan NIC selaku plaintif pertama dan kedua, juga bersetuju untuk memohon maaf dan membayar kos kepada kedua-dua defendan.


Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail dalam penghakimannya berkata, tuntutan plaintif terhadap defendan dibatalkan tanpa kebebasan untuk memfailkan semula kes.
“Sehubungan itu, plaintif juga setuju membayar kos sebanyak RM5,000 kepada kedua-dua defendan,” katanya.
Dalam pernyataan tuntutan Rajasegar, beliau menamakan Mooi Lye dan Dr Amar sebagai defendan pertama dan kedua, dan mendakwa mereka memalukannya dalam aplikasi kumpulan WhatsApp ‘AM & HOD MPSP’ pada Mei 2017, dengan niat untuk menjatuhkan reputasi dan maruahnya serta NIC.
Rajasegar berkata, Mooi Lye dalam mesej itu mendakwa bahawa beliau (Rajasegar) menyalahgunakan kekuasaannya sebagai bekas Ahli Majlis MPSP, manakala defendan kedua mendakwa bahawa NIC adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bermotifkan keuntungan.

Rajasegar diwakili K Mahendra, manakala peguam Jason Ong Khan Lee dan RSN Rayer mewakili Mooi Lye dan Dr Amar
-Berita Harian

No comments

Loading...
loading...