Header Ads

Linda Rafar lantik peguambela

Foto oleh Astro Gempak

Pelakon Linda Rafar telah melantik peguambela, Nurul Hafidzah & Associates, Advocates & Solicitors bagi kes saman fitnah melibatkan dirinya dengan sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Delegasi Jururawat Malaysia (DON).

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan firma guaman tersebut, mereka mengumumkan sudah dilantik sebagai konsultan berkaitan undang-undang kepada Linda berkuatkuasa semalam.

Loading...

Tindakan berkenaan adalah tindak balas kepada notis tuntutan permohonan maaf dan saman malu kerosakan disebabkan fitnah yang berlaku sebelum ini.

"Anak guam kami menafikan segala tuduhan dan sedang mempertimbangkan tindakan undang-udang sepatutnya berhubung fitnah tidak bertanggungjawab yang telah memburukkan reputasinya," ujar peguam yang mengetuai kes terbabit, Nurul Hafidzah Hassan.


Sebelum ini, sebuah akaun Facebook, Delegation of Nurses (DON), memuat naik notis tuntutan mahkamah kepada anggota kumpulan Elite, Linda Rafar, agar memohon maaf kepada jururawat dalam tempoh tujuh hari.

Notis itu dihantar melalui dua kaedah iaitu pemberian tangan dan secara hantaran 'avis de réception' (pos berdaftar).

Notis itu antara lain menuntut permohonan maaf dan gantirugi yang perlu dilaksanakan Linda dalam masa tujuh hari.

Terdahulu, Linda memuat naik keluhan hatinya terhadap layanan seorang jururawat yang didakwanya biadap di sebuah hospital di Shah Alam ketika merawat Allahyarhamah ibunya, Rasimah Abd Rahman.

No comments


Loading...