Header Ads

Kontrak RM99 juta: Bekas pengerusi agensi kerajaan dibebas


Bekas pengerusi sebuah agensi kerajaan bergelar 'Datuk' dan ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat swasta, yang direman bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa melibatkan kontrak kerajaan bernilai lebih RM99 juta, dibebaskan hari ini.

Majistret Atikah Abu Hassan membenarkan lelaki berusia 64 tahun bersama wanita berumur 32 tahun itu dibebaskan dengan jaminan RM50,000 dan seorang penjamin, setiap seorang.

Loading...

Terdahulu, kedua-dua suspek tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya pada pukul 9 pagi dengan berpakaian SPRM berwarna jingga dan tangan bergari.

Sebelum ini, kedua-kedua individu tersebut ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama empat hari bermula Rabu.



Kedua-dua mereka ditahan SPRM masing-masing pada kira-kira 5.50 petang dan 5.20 pada Selasa lepas selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Menurut jurucakap SPRM, bekas pengerusi agensi kerajaan tersebut disyaki menggunakan jawatan dan kedudukannya, dalam mencadangkan sebuah syarikat secara lantikan terus dalam satu projek kempen pengiklanan digital yang berjumlah lebih RM99 juta menggunakan peruntukan agensi kerajaan tersebut.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

-- Bernama

No comments

Loading...
loading...