Dalam satu hantaran, Eric Liew berkata, beliau telah membuat komen yang tidak sepatutnya terhadap Sultan Muhammad V.

Loading...


"Saya telah membuat komen biadab yang tidak sepatutnya terhadap bekas Yang di-Pertuan Agong hari. Saya telah menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf kepada kumpulan di mana saya membuat komen yang menjadi tular tersebut.

"Saya benar-benar meminta maaf kerana membuat komen yang tidak sepatutnya itu. Saya berharap mereka yang marah disebabkan itu boleh memaafkan saya," kata Eric Liew.


Komen beliau terhadap Sultan Muhammad V tular di media sosial dan dianggap biadab serta menghina oleh masyarakat terhadap bekas Yang di-Pertuan Agong ke-15 itu.-UTUSAN ONLINE