Header Ads

Ketibaan Tun M di Felda Sungai Koyan terima sambutan meriah penduduk

Foto oleh TMI

Ketibaan Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad ke kubu kuat BN hari ini menerima sambutan yang cukup luar biasa daripada Penduduk di Felda Sungai Koyan dan juga di kawasan sekitar.

Tun Mahathir yang juga merupakan Perdana Menteri hari turun untuk berkempen pada hari terakhir untuk merayu pengundi di Felda Sungai Koyan membuang undi untuk calon Pakatan Harapan (PH) M Manogaran esok.

Loading...

Beliau berkata tiada gunanya memberikan undi kepada BN sedangkan ramai pemimpin mereka baru-baru ini keluar parti dan memilih untuk menyertai PH.

"BN ditolak buat kali pertama (selepas PRU14) sebab dipimpin oleh seorang penyangak sebab itu, kita buang Najib (Razak) dari jawatan perdana menteri, beliau kena buang oleh parti sendiri.

"Ramai orang parti Umno jumpa saya termasuk Mohamad Hasan, Ahmad Zahid Hamidi jumpa juga nak kerjasama.

"Ramai berduyun-duyun nak masuk Bersatu, nak masuk PH. Orang sudah tidak percaya lagi kepada Umno, Umno tidak ada apa-apa lagi. Saya yakin Umno tidak ada masa depan lagi, jadi buat apa pilih mereka," katanya lagi kepada penduduk di kawasan majoriti Melayu itu.

Beliau berkata demikian pada ucapannya di ceramah "Membangun Bersama Harapan" hari ini yang dilihat cuba untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu di saat-saat akhir tidak sampai 24 sebelum hari mengundi esok. - Malaysian Update

Tun Dr Mahathir Mohamad ketika tiba di Felda Sungai Koyan hari ini

No comments


Loading...