Header Ads

'Dia nak batal, batallah, kita boleh anjur acara lain' - Tun Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau tidak kisah apabila kelayakan Malaysia sebagai penganjur Kejohanan Sukan Para Dunia 2019 ditarik balik.

Loading...

Sebelum ini Malaysia berdiri teguh membela hak rakyat Palestin dengan bertegas melarang atlet Israel daripada memasuki negara ini yang menyebabkan Malaysia digugurkan oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) sebagai tuan rumah kejohanan itu.
"Dia nak batal, batallah!
"Saya dapati bahawa dunia terpaksa ikut Israel, saya tak faham lah. Kuasa dunia ada kuasa, tapi dia terpaksa ikut Israel. Kita tak ikut," tegas Tun Mahathir ketika diminta mengulas hal berkenaan selepas hadir majlis Perbadanan Putrajaya di pusat pentadbiran negara itu.
Perdana menteri berkata Malaysia tetap bertegas dengan pendiriannya Israel sebuah "negara penjenayah".


Mereka melanggar undang-undang antarabangsa tetapi tetap bebas daripada sebarang tindakan dari negara-negara lain.
Tun Mahathir juga ditanya sama ada pembatalan penganjuran sukan tersebut akan memberi kesan peluang negara untuk menganjurkan kejohanan sukan antarabangsa pada masa hadapan.
"kita tak boleh menganjur paralimpik, kita boleh menganjur acara lain." jawab Tun Mahathir dengan tegas.

Rata-rata majoriti rakyat Malaysia menyokong keputusan negara untuk tidak membenarkan atlet daripada 'negara penjenayah' datang untuk bertanding disini. - Malaysian Update

No comments