Header Ads

'Biar Tun M dan Anwar putuskan tempoh peralihan kuasa'


KUANTAN: Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) belum memutuskan tempoh peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata setakat ini semua pimpinan parti komponen dalam PH tidak pernah berbincang dan menetapkan tempoh tertentu bagi peralihan jawatan berkenaan.

Loading...

“Perkara ini (peralihan kuasa) tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat (Majlis Presiden PH) dan tidak ada tempoh ditetapkan untuk Tun (Dr Mahathir) menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar.


“Ramai orang yang kata, ia (peralihan kuasa) akan dilakukan dalam tempoh dua atau tiga tahun...sebenarnya perkara ini (tempoh peralihan kuasa) belum diputuskan... PH cuma ada buat keputusan dan perjanjian bahawa perdana menteri seterusnya ialah Datuk Seri Anwar.
“Mereka berdua individu berjiwa besar dan saya percaya perkara ini, biarlah mereka sahaja yang putuskan tempoh terbaik bagi melakukan peralihan (kuasa) itu,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Pemusatan Tingkatan 6 Mod 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Astana, dekat sini, hari ini.
Yang turut hadir Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Dr Tajuddin Mohd Yunus.
Saifuddin mengulas kenyataan beberapa pihak sebelum ini yang mendakwa terdapat cubaan untuk menggagalkan persetujuan dibuat antara pucuk pimpinan parti komponen dalam PH bagi melantik Anwar sebagai perdana menteri kelapan.
Beliau berkata, perkara itu tidak sepatutnya timbul memandangkan ia sudah dipersetujui semua pihak sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

“Kalau boleh, tahun 2019 ini, kerajaan PH menumpukan kepada usaha meningkatkan ekonomi dan kerja lain, seperti membangunkan negara dan yang lebih penting ialah menjaga kepentingan serta kebajikan rakyat.
“Tidak perlulah kita terus terlalu berfikir untuk menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN), sebaliknya kita kena kekal fokus dalam melaksanakan apa yang rakyat mahu lihat, perubahan yang kita ingin lakukan sebagai sebuah kerajaan Malaysia Baharu,” katanya
-Berita harian

No comments

Loading...
loading...