Ahmad Zahid, 65, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan tambahan itu dibacakan di hadapan Hakim Rozana Ayob, lapor Kosmo! hari ini.

Mengikut pertuduhan tersebut, Presiden UMNO itu didakwa melakukan pecah amanah sebanyak RM10 juta milik Yayasan Akalbudi yang mana Ahmad Zahid sebagai pemegang amanah yayasan itu telah melakukan jenayah ke atas harta tersebut dengan memberi pinjaman kepada Armada Holdings Sdn.Bhd.
Ahmad Zahid didakwa melakukan kesalahan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Jalan Bunus, No. 133, Jalan Bunus Off Jalan Masjid India dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 8 Disember 2015.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih dari dua puluh tahun dengan sebatan dan denda jika sabit kesalahan.