Header Ads

UMNO yang hilang kuasa, bukan melayu



PUTRAJAYA: Orang Melayu seharusnya bersyukur UMNO kalah kerana dengan kekalahan itu pemimpin parti itu tidak lagi mempunyai apa-apa kuasa untuk menutup segala kesalahan dan penipuan mereka, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu berkata, selepas Pakatan Harapan (PH) menang pilihan raya, orang Melayu tidak hilang kuasa kerana yang hilang kuasa adalah UMNO.

Loading...

“UMNO masih mendendangkan lagu duka nestapa kononnya orang Melayu sudah hilang kuasa di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan. Saya hendak beritahu orang Melayu, selepas PH menang pilihan raya, orang Melayu tidak hilang kuasa sebaliknya UMNO.
“Inilah yang paling ditakuti oleh UMNO. Apabila hilang kuasa, segala kesalahan mereka terbongkar dan pemimpin mereka terpaksa berhadapan dengan pendakwaan di mahkamah. Sesungguhnya kebenaran sudah menjelma dan kebatilan telah lenyap.
“BERSATU menjunjung prinsip kedaulatan undang-undang. Jika terbukti mereka bersalah, biarlah mahkamah yang menentukan nasib mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Tahunan Srikandi dan Armada BERSATU di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam ini.

Dalam ucapannya itu, Muhyiddin sempat menyelitkan satu rangkap pantun bagi menggambarkan padah jika melanggar undang-undang;
Terbang helang Si Rajawali,
Turun menyambar anak merbah,
Hukum dan undang tidak dipeduli,
Terimalah padah sesudah rebah.

-Berita Harian

No comments

Loading...
loading...