Header Ads

'Umno Perak tak halang usul tergempar tentukan nasib Zahid' - Saarani

Foto oleh TMI

Umno Perak tidak akan menghalang mana-mana bahagian di negeri itu untuk membuat usul tergempar bagi menentukan nasib Ahmad Zahid Hamidi selaku presiden parti.

Pengerusinya, Saarani Mohamad berkata prosedur tersebut dibenarkan selain termaktub dalam perlembagaan parti.


Loading...
"Kalau ikut perlembagaan parti, kita tidak akan halang namun kita yakin di Perak, perkara tersebut takkan berlaku," katanya pada sidang media di bangunan Umno Perak, di Ipoh, hari ini.

Semalam, bekas calon presiden Umno yang tewas dalam pemilihan, Khairy Jamaluddin, mendesak Ahmad Zahid melepaskan jawatan Presiden dengan segera.

Anggota Parlimen Rembau itu turut menegaskan desakan dibuat kerana krisis kepercayaan dalam kalangan anggota parti terhadap Ahmad Zahid semakin meruncing, dengan semakin banyak pemimpin dan ahli parlimen Umno meninggalkan parti.

Saarani berkata, pihaknya kecewa dengan tindakan drastik beberapa anggota parlimen Umno yang meninggalkan parti selain tidak menolak ia menjurus ke arah kepentingan peribadi.

Dalam perkembangan berkaitan, Saarani turut mendesak bekas anggota parlimen dan Adun Umno di Perak yang keluar parti meletak jawatan kerana mengkhianati amanah diberikan rakyat selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

"Secara moralnya, mereka hendaklah melepaskan jawatan anggota parlimen itu untuk membolehkan rakyat membuat pilihan semula. Mereka dipilih dengan jelas atas kapasiti selaku wakil calon daripada Umno dan Barisan Nasional," katanya.

- Bernama

No comments


Loading...