Header Ads

Umno Melaka tidak 'pulau' Idris



MELAKA TENGAH - Tiada istilah dipulaukan atau 'memulaukan' mana-mana individu dalam program Sembang Santai Bersama Datuk Seri Najib di Klebang, di sini, malam tadi.

Ketua Umno Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata, pihaknya telah pun memaklumkan mengenai program yang dirancang sejak tiga hari lalu menerusi aplikasi WhatsApp termasuk kepada bekas ketua Umno bahagian itu, Datuk Seri Idris Haron dan peringkat pimpinan parti yang lain. 

Loading...


"Jadi tak timbul isu (dipulaukan), kerana peringkat bahagian kita telah menghantar jemputan kepada ketua-ketua cawangan dan beliau merupakan salah seorang ketua cawangan yang berada di bahagian Tangga Batu.

"Saya rasa tak jadi isu, kita pun mengajak beliau untuk bersama dalam program ini dan semua kita jemput menerusi WhastApp," katanya
.
Dalam perkembangan lain, Mohamad Ali berkata, tidak seharusnya kerajaan mengaitkan isu kuil dengan himpunan aman menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi (ICERD), 8 Disember ini.

"Isu kuil baru berlaku, sedangkan himpunan ICERD ini telah dirancang beberapa minggu lalu dan tak wajar dikaitan dengan perbalahan kuil," katanya.


Dianggarkan kira-kira 3,000 ahli Umno yang hadir pada program yang turut diadakan sesi soal jawab bersama Najib.

-sinar harian

No comments

Loading...