Ketua Penera­ngannya, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, berbanding Bersatu, mesyuarat cawangan atau bahagian parti itu hanya dilakukan di peringkat pusat dan perkara itu menjadi petunjuk jelas kepada kekuatan UMNO.

Loading...


‘Biarpun Bersatu mendakwa mereka adalah parti orang Melayu dan bumiputera, namun UMNO tetap menjadi pilihan utama walaupun bukan lagi sebuah kerajaan sebagaimana dahulu kecuali di Pahang dan Per­lis. Kita yakin Bersatu tidak boleh menggantikan UMNO,’’ kata­nya dalam kenyataan hari ini.
Berhubung tindakan beberapa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang bertindak keluar parti dan ada dalam kalangannya menyertai Bersatu, Ahli Parlimen Lenggong itu menegaskan, perkara itu sama sekali tidak akan melumpuhkan parti, sebaliknya merupakan proses pembersihan secara semulajadi.

 Kita perlu ingat, mereka yang keluar UMNO tentulah antaranya kerana mereka sudah hilang keyakinan dan kesetiaan pada UMNO. Jadi, biarlah yang tidak yakin atau setia ini tinggalkan UMNO,” jelas beliau.


Shamsul Anuar menambah, semua ahli UMNO jangan bimbang kerana perubahan serta pendekatan baharu akan terus dilakukan untuk parti menang dan kembali berkuasa sebagai sebuah kerajaan.

Dalam perkembangan lain, beliau mengingatkan kepemim­pinan Pas supaya tidak bimbang dengan apa yang berlaku ke atas UMNO kerana perkara sama pernah berlaku terhadap parti itu semasa pembentukan Parti Amanah Negara (Amanah).

“Biarpun Ama­nah wujud, namun Pas tetap kuat, maka biar pun beberapa wakil rak­yat UMNO meninggalkan parti, kita tetap yakin UMNO tetap sebagaimana biasa.


‘‘UMNO akan terus berpera­nan sebagaimana ideologi yang dipegangnya, malah akan terus menjadi juara membela kepen­tingan rakyat, dan pastinya akan merampas kembali kerusi yang hilang,” katanya.
- Utusan online