Pengerusi PAC, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, selain pasukan itu, mereka yang akan dipanggil ialah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda. 

Ambrin hadir memberikan keterangan kepada jawatankuasa itu sebagai saksi pertama dalam prosiding berkaitan perkara tersebut.
Ronald berkata, Ambrin turut berkemungkinan akan dipanggil semula untuk  memberikan keterangan ekoran beberapa pertanyaan yang timbul selepas pendedahan maklumat baharu olehnya.
"Ada nama-nama yang kita telah kenal pasti (sebelum ini), sekarang ini ada tambahan, pasukan auditor, pasukan itu akan dipanggil, ada nama-nama mereka, saya tidak ingat* ada kira-kira lima ke enam orang yang diberikan nama oleh Ambrin," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas prosiding yang berlangsung kira-kira tiga jam itu selesai. - Bernama