Header Ads

Tun M melancarkan mercu tanda baharu, arca PUTRAJAYA



PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan arca 'PUTRAJAYA' di Dataran Putra di sini, yang menjadi mercu tanda baharu dan tarikan kepada pengunjung ke sini.
Struktur arca dengan lebar 1.5 meter dan tinggi 2.4 meter serta panjang keseluruhan huruf 22 meter, dibina menggunakan keluli tahan karat supaya tahan lasak.

Loading...

Ia direka bentuk dengan imej abstrak berwarna-warni harmoni bagi mengekspresikan kegembiraan serta dilengkapi paparan imej grafik yang boleh ditukar ganti.
Bahagian belakang huruf pula berimej kibaran jalur gemilang yang menggambarkan semangat cinta dan sayang kepada negara.
Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Dr Aminuddin Hassim, berkata reka bentuk arca itu diinspirasikan oleh kumpulan pegawai muda PPj bagi mewujudkan mercu tanda Putrajaya seperti arca tulisan di luar negara.
"Beliau mengucapkan tahniah terhadap projek ini dan lokasi Dataran Putra dipilih kerana signifikannya Putrajaya dibangunkan iaitu ia bermula di sini.
"Justeru, projek hari ini dianggap berjaya dan yang penting kita dapat menyiapkannya. Dua tiga kali beliau mengucapkan tahniah dan saya rasa Perdana Menteri gembira.
"Ini adalah satu daripada program yang kita laksanakan dan ada banyak lagi perlu kita jalankan," katanya ketika ditemui pemberita pada pelancaran arca 'PUTRAJAYA' di sini, hari ini.

Pada pelancaran itu, Dr Mahathir turut bergambar di arca berkenaan dengan berlatar belakang Bangunan Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri.
Mengulas lanjut Aminuddin berkata, paparan imej grafik pada arca itu akan ditukar mengikut musim dan sambutan tertentu termasuk bulan kemerdekaan dan hari perayaan. 
-Berita harian

No comments

Loading...
loading...