Header Ads

'Tiada lagi kuota haji buat menteri, Ahli Parlimen' - Fuziah


KUANTAN - Kerajaan PH memutuskan tiada lagi kuota haji khas buat menteri dan Ahli Parlimen bagi memastikan ketelusan di samping kuota itu adalah milik rakyat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, akibat kuota khas yang diamalkan oleh kerajaan terdahulu mengakibatkan ramai jemaah yang layak khususnya warga emas tidak dapat menunaikan haji.


Loading...
"Bayangkan kerana nak menjaga kedudukan politik menyebabkan jemaah yang layak dan mempunyai cukup duit untuk pergi haji perlu menunggu (waiting list) sehingga 100 tahun.

"Kita mempunyai kuota haji sebanyak 30,200 dan bila dahulunya sebahagian besar kuota telah dimiliki oleh menteri dan Ahli Parlimen, maka kuota mereka yang layak hanya tinggal sedikit sahaja.

"Sebab itu  ramai orang tua tidak dapat pergi haji dan disebabkan itu tiada lagi kuota untuk menteri dan Ahli Parlimen dan juga tiada surat sokongan kerana kesemua kuota itu semua untuk rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Dialong bersama Kawasan Rukun Tetangga Parlimen Kuantan di sebuah hotel, di sini, semalam.

Menurut laporan Sinar Harian, Fuziah berkata, tindakan ini telah pun dilaksanakan di mana jemaah yang pergi menunaikan haji pada tahun ini merupakan mereka yang sememangnya layak dan kuota haji telah pun menjadi sepenuhnya milik rakyat.

Dalam pada itu, Fuziah juga tidak menafikan terdapat segelintir menteri dan Ahli Parlimen yang menggunakan kuota tersebut demi mencari keuntungan buat diri mereka.

Menurutnya, perbuatan ini tidak seharusnya berlaku kerana kuota haji merupakan hak jemaah yang layak dan tidak sepatutnya kita mengambil hak itu untuk kepentingan peribadi.

"Kalau mereka jual kuota tersebut kepada syarikat swasta, mereka mampu mengaut keuntungan dalam masa yang singkat sahaja," katanya.

No comments