Header Ads

Terima kasih MCA tinggalkan BN, kata Tok Mat

Datuk Seri Mohamad Hasan - Foto Berita Harian

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengucapkan terima kasih jika MCA segera meninggalkan Barisan Nasional (BN).


Loading...
Menurutnya, BN tidak boleh mempunyai rakan yang membebankan dan tidak mahu memikul beban kekalahan dalam keadaan parti itu berada pada kedudukan paling susut dalam perjalanan politiknya.

"BN bukan bahan dagang. Dalam baik dan lemahnya, BN perjuangan untuk sebuah Malaysia yang lebih baik. Ia tewas bukan kerana falsafah dan ideologinya tersasar, tetapi kerana pemimpinnya khilaf.


"MCA gagal memahami ini. Maka kepada MCA, tinggalkan saja BN dan biarkan kami yang lain, melalui kepayahan untuk `menghidup-hidupi' ia. Insya-Allah, suatu ketika nanti, kami akan buktikan MCA salah dalam perhitungannya," katanya dalam satu kenyataan media seperti dipetik portal Kosmo! Online hari ini.

No comments

Loading...