Header Ads

Skandal 1MDB dimasukkan dalam silibus Sejarah - Maszlee

Dr. Maszlee Malik - Foto oleh Kosmo!

Kementerian Pendidikan akan memastikan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimasukkan silibus pembelajaran Sejarah.

Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, tindakan tersebut diambil bagi memastikan pemimpin pada masa hadapan tidak mengulangi kesilapan sama.


Loading...
“Saya boleh memberikan jaminan bahawa isu 1MDB akan dimasukkan dalam buku Sejarah Malaysia supaya generasi ke depan tidak akan mengulangi.

“Begitu juga jenayah besar yang dilakukan oleh ahli politik dalam menyamun,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN - Pontian) di Persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum itu, Ahmad bertanya apakah 60 buah sekolah persendirian Cina mempelajari mata pelajaran Sejarah dan berapa tahun diambil sesuatu perkara dianggap sebagai sebahagian daripada Sejarah.

Dalam perkembangan lain, Maszlee berkata, Kementerian Pendidikan akan menubuhkan Jawatankuasa Penambahbaikan Kurikulum dan Buku Teks Sejarah dalam masa terdekat.

Katanya, jawantankuasa itu akan berkerjasama dengan jawatankuasa sedia ada termasuk pakar rujuk daripada pelbagai tokoh akademik dalam ilmu sejarah sama ada di dalam mahupun luar negara.

Beliau berkata, kementerian itu juga akan mengadakan beberapa siri wacana dengan tokoh-tokoh sejarawan bagi mendapatkan perspektif sejarah dengan naratif yang lebih segar dan produktif, lapor Utusan Online lagi.

“Kementerian prihatian dengan pandangan pelbagai pihak tentang mata pelajaran Sejarah. Kurikulum standard Sejarah digubal dengan tujuan untuk murid memperoleh perspektif yang lebih luas tentang perkembangan dunia serta memperkukuhkan semangat jati diri dan setia kepada negara,” katanya.

Maszlee berkata demikian dalam sesi soal jawab lisan terhadap soalan Hasanuddin Moh Yunus (PH-Hulu Langat) yang ingin tahu sejauh mana usaha kerajaan menggubal semula subjek Sejarah kerana terdapat fakta yang ditokok tambah.

No comments

Loading...