Header Ads

Serah siasatan kepada SPRM: MB Perak



IPOH - "Tiada tindakan akan diambil terhadap pihak yang ingin menjatuhkan saya  sebagai Menteri Besar selagi siasatan pihak berkuasa berhubung kes berkenaan belum selesai sepenuhnya," demikian kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Menurutnya, beliau menyerah sepenuhnya kepada pihak berkuasa, SPRM dan polis untuk menjalankan siasatan.

Loading...


“Kita serahkan kepada SPRM untuk jalankan proses siasatan dan apa juga tindakan seterusnya. Saya yakin barisan Exco tidak buat (seperti didakwa).

“Jika ada siasatan telah dimulakan, saya mengalu-alukan dan saya sendiri bersedia untuk beri keterangan jika diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis berkhatan anjuran Pusat Khidmat Parlimen Tambun di Sekolah Agama Rakyat Nurul Islamiah Taman Meru 2C hari ini.

Menurutnya, Bersatu juga mengambil tindakan sama kerana tidak nampak sebarang kesalahan dalam kalangan ahli Exco dan ahli PH.

Semalam, enam Adun BN Perak hadir ke Pejabat Suruhanjaya SPRM Perak, Meru Raya bagi memberikan keterangan, berkaitan Akuan Bersumpah berkaitan dakwaan menjatuhkan Menteri Besar Perak.


Mereka yang hadir adalah Adun Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat; Adun Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya; Adun Bota, Khairul Shahril Mohamed; Adun Bukit Chandan, Maslin Sham Razman; Adun Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad dan Adun Lubuk Merbau, Dr Jurij Jalaluddin.

-sinar harian

No comments

Loading...