Header Ads

Saya tertekan, terpaksa pinjam nak tampung belanja, kata Najib


Bekas perdana menteri Najib Razak berkata hari ini beliau terpaksa meminjam wang bagi menampung perbelanjaan dan duit ikat jamin.

"Memang. Itu memang sesuatu saya tak dapat bayangkan, memang tertekan dan terpaksa pinjam dari pihak tertentu untuk tampung perbelanjaan atau ikat jamin begitu besar

Loading...

"Banyak masa naik turun mahkamah tapi apakan daya itu sudah dilakukan oleh pihak tertentu. Kita akan teruskan pembelaan saya seberapa yang mampu. Mudah-mudahan kita dapat tentukan kebenaran," katanya pada temu bual dalam talian yang disiarkan Nothing to Hide Media yang dilakukan oleh Mohd Puad Zarkashi, bekas pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang kini telah ditutup.

Najib dituduh menyelewengkan berbilion ringgit daripada syarikat pelaburan kerajaan 1MDB ketika menjadi perdana menteri dan menghadapi banyak tuduhan jenayah membabitkan kes itu, yang dinyatakan Jabatan Keadilan (DOJ) AS sebagai kes kleptokrasi terbesarnya.

Najib menafikan sebarang salah laku, berkata peguamnya yakin dapat menang.

Walau bagaimanapun, beliau berkata ini bergantung kepada perbicaraan yang adil dan sama ada para hakim yang mendengar kesnya menghadapi tekanan dari kerajaan atau tidak.

Memetik laporan Malaysiakini lagi, Najib juga mengulas isu salah urus kewangan yang membabitkan Lembaga Tabung Haji, mendakwa ia bukan kes rasuah.

"Mual bila dilontarkan isu ini. Pada fikiran rakyat mungkin ada wang yang hilang ke disonglap," jelas bekas perdana menteri.

Beliau bertegas aset Tabung Haji lebih banyak daripada liabilitinya.

"Maknanya tiada kesalahan... tiada salah dari segi peraturan cuma sama ada hibah tinggi patut dibayar atau tidak. Itu persoalannya.

"Tapi kalau dapat dividen deposit yang untung. Duit itu tak ke mana," katanya.

Audit daripada PriceWaterhouseCoopers mendapati Tabung Haji telah mengubah akaunnya untuk menyembunyikan defisitnya supaya dapat membenarkan bayaran dividen kepada pendeposit.

No comments

Loading...
loading...