Header Ads

Rafizi memang tahu apa akan jadi - Tun M

Foto oleh Astro Awani

Rafizi Ramli memang dapat menjangkakan perkara yang akan berlaku masa akan datang, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Dia punya jangkaan tentang pilihan raya umum ke-14 pun sangat ‘tepat’,” katanya ringkas kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam Persatuan Bekas Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid (SAHOCA) hari ini.


Loading...

Dr Mahathir diminta mengulas kenyataan Rafizi 2 hari lalu yang berkata tinjauan mendapati rating Dr Mahathir merosot dalam 6 bulan ini sejak mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Datuk Seri Najib Razak.

Dr Mahathir bagaimanapun enggan mengulas lanjut kenyataan serta hasil tinjauan Rafizi itu.

Rafizi memberi amaran euforia memihak kepada Pakatan Harapan (PH) hilang dalam kadar cepat, lapor FMT lagi.

“Saya benci menjadi pembawa berita buruk, tetapi seseorang perlu memberi amaran itu,” katanya yang mengetuai badan kaji selidik, Invoke Malaysia.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu memberi amaran kemerosotan populariti akan bertambah teruk “jika tidak diuruskan dengan baik”.

“Ada tanda euforia bertukar menjadi kekecewaan.”

Beliau memetik satu tinjauan pendapat yang dijalankan awal bulan ini, di mana rating Dr Mahathir sebanyak 53%, merosot 19% daripada tinjauan sama pada Jun lalu, sejurus selepas PH memenangi pilihan raya umum Mei lalu.

Katanya, ini menunjukkan kemerosotan populariti kerajaan PH yang ditunjukkan semua kumpulan etnik.

No comments