Header Ads

Pulanglah UMNO ke pangkuan Dr Mahathir, kata Khairuddin

Foto oleh Astro Awani

Semua pemimpin-pemimpin UMNO yang 'baik' kini harus segera pulang ke pangkuan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli Jawatankuasa Komunikasi dan Mobiliti Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, kedua-dua bekas tokoh pemimpin UMNO itu yang kini merupakan Pengerusi serta Presiden Bersatu telah banyak 'membakar diri' untuk menerangi masa depan ahli-ahli UMNO.

Loading...

"Dalam apa platform serta cara mana sekalipun, bekas-bekas pemimpin dan ahli-ahli UMNO harus dibimbing atau dipimpin semula oleh Dr Mahathir.

"Keseluruhan mereka mesti 'dikuarantin' semula agar jati diri disemai dengan semangat melawan rasuah dan memikul perjuangan luhur tanpa sebarang bentuk kepentingan peribadi.

"Ahli-ahli UMNO harus dibimbing semula dan dibersihkan dari sifat rakus berkepentingan material dalam setiap wadah perjuangan mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Ahad.


Namun tegas Khairuddin yang juga penyelaras Parlimen Jasin, pemimpin-pemimpin UMNO yang korup mesti segera dihadapkan ke muka pengadilan.


Katanya, semua yang terlibat dengan korup perlu dihadapkan ke mahkamah dan dibicarakan seadil-adilnya.

"Pada suatu masa dahulu, ketika kami melawan rasuah di sekeliling tokoh-tokoh pemimpin UMNO, kalangan inilah yang menyokong kuat kerajaan kleptokrasi yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Cuma satu perkara yang saya khuatiri ialah beberapa bekas pemimpin UMNO yang korup bakal membuatkan rakyat marah sekiranya kalangan 'parasit' ini diterima masuk ke dalam PH.

"Tokoh-tokoh pemimpin UMNO yang berimej 'hitam' tidak harus diterima masuk langsung oleh Bersatu atau mana-mana parti dalam PH," katanya.

Ahli-ahli UMNO harus dibimbing semula dan dibersihkan dari sifat rakus berkepentingan material

Katanya lagi, PH tidak boleh berkompromi dengan puak-puak 'parasit' yang pada realitinya merosakkan UMNO dahulu.

"Dengan perkembangan ini juga, saya yakin dua lagi negeri yang dimenangi oleh BN di Semenanjung akan tumbang ke tangan PH dalam sedikit masa lagi.

"Pada masa yang sama, saya berdoa agar lebih ramai pemimpin-pemimpin Pas akan insaf seperti pemimpin UMNO untuk keluar secara beramai-ramai seterusnya menganggotai Amanah. Teladan pemimpin dan ahli UMNO harus dicontohi Pas.

"Hakikatnya, Amanah adalah platform terbaik untuk ahli-ahli Pas berjuang. Tokoh pemimpin-pemimpin Islamik tulen adalah dari kalangan Amanah, bukan Pas," ujarnya. - Astro Awani


*Ini adalah pendapat peribadi Datuk Seri Khairuddin dan tidak mewakili pandangan kami di Malaysian Update.
Loading...

No comments


Loading...