Header Ads

PKR tolak, bekas ahli Umno boleh masuk Bersatu - Kadir Jasin


Wartawan veteran Datuk A. Kadir Jasin menasihatkan PKR tidak menyekat bekas ahli Umno untuk menganggotai parti dalam Pakatan Harapan (PH).

Beliau mengakui protes anggota dan pemimpin PKR yang “tidak berpuas hati” dan “kurang senang” melihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) “menjadi besar”, lapor Sinar Harian.


Loading...

Menulis dalam kolumnya hari ini, beliau berkata kecenderungan bekas ahli Umno itu menerima Bersatu kerana ia parti Melayu-Bumiputera malah pemimpinnya bekas pemimpin Umno.

“Tetapi kita tidak boleh menyekat bekas ahli Umno daripada memohon untuk menyertai mana-mana parti PH yang telah menyatakan kesediaan untuk menimbang permohonan mereka.



“Sebenarnya PKR pun masih boleh mengubah pendirian dengan membuka keahlian kepada mereka,” kata anggota Majlis Tertinggi Bersatu itu dipetik.

“Tetapi kalau PKR masih tidak mahu menerima mereka, biarlah mereka memohon parti-parti PH yang sanggup menerima mereka,” kata Kadir lagi.

Namun, beliau menegaskan Bersatu tidak akan menerima bekas ahli Umno secara “tangkap muat” tetapi melalui proses “saringan” kerana dalam parti itu juga wujud bantahan.

“Sebab itulah saya menegur pemimpin Bersatu yang nampak terlalu ghairah memperluaskan keahlian sehngga tidak membezakan di antara batu dengan permata.

“Kalau tak tahu, tanya. Tak payahlah nak cemarkan nama parti dengan mengalu-alukan bekas ahli Umno yang parti itu sendiri sudah tidak mahu,” katanya.

No comments