Header Ads

Perhimpunan Putih wajar dianjurkan sehingga PRU15



SHAH ALAM - Perhimpunan bersejarah baju putih yang sedang berlangsung di ibu negara wajar diteruskan setiap tahun sehingga menjelang PRU15.

Ketua Umno Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, ia sebagai medan untuk menyatukan ummah, menyatukan rakyat dan memuhasabahkan Kerajaan PH supaya menunaikan janji, ikut peraturan undang-undang dan jangan jadi munafik.

Loading...


“Hari ini perhimpunan bersejarah baju putih diadakan, menggabungkan Umno, Pas, badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat kalau Bersih dulu ada Bersih 1 hingga 5, maka wajar Perhimpunan Putih ini juga kita teruskan setiap tahun hingga PRU15.

Perhimpunan hari ini menggabungkan Umno, Pas, badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat,” katanya dalam satu perkongsian di Facebooknya di sini, hari ini.

Dalam perkongsian itu, Mohd Puad juga memuat naik serangkap pantun daripada Presiden Pas, Datuk Seri Abd Hadi Awang yang diucapkan semasa Himpunan Perpaduan Ummah di Pekan Kampung Gajah, baru-baru ini.

Mat Kilau berjiwa pahlawan
Menghunus keris melompat pagar
Lampu hijau boleh berjalan
Lampu merah jangan dilanggar

Perhimpunan Putih yang dimaksudkan adalah Perhimpunan Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) untuk menyatakan penolakan terhadap ICERD dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang mengumumkan tidak akan meratifikasinya.

Bulan lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy berkata, kerajaan komited untuk mengesahkan enam triti hak asasi manusia termasuk Konvensyen Antarabangsa mengenai ICERD pada suku pertama tahun depan.

“Saya ingin menyatakan bahawa meratifikasi konvensyen ini termasuk ICERD adalah selaras dengan manifesto PH,” katanya.


Ekoran kenyataan menteri itu, satu petisyen mendesak Waytha Moorthy meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri diwujudkan.

Petisyen itu dilancarkan Gerakan Pengundi Sedar (GPS) menerusi tandatangan di atas talian Change.org dan pada 23 November lalu, kerajaan mengeluarkan kenyataan tidak akan meratifikasikan ICERD.

-sinar harian

No comments

Loading...