Header Ads

Penyelewengan TH: Mana Asyraf Wajdi?


KUALA LUMPUR - Armada Bersatu mempersoalkan pendirian Pemuda Umno dan ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berhubung isu penyalahgunaan dana Tabung Haji (TH).

Ketua Penerangannya, Ulya Aqamah Husamudin berkata, Pemuda Umno tidak seharusnya diam sebaliknya perlu menyatakan sama ada bersetuju atau tidak dengan isu tersebut.

Loading...


“Asyraf sebelum ini adalah Timbalan Menteri Agama, beliau bertanggungjawab untuk memastikan hak-hak agama Islam seperti ini terjaga. Mengapa biarkan dan berdiam diri melihat kemungkaran di depan mata? 

“Usah hipokrit dan memilih isu, nyatakan sama ada Pemuda Umno bersetuju atau tidak dengan salah guna dana yang berlaku di dalam TH. Mengapa biarkan nasib pencarum TH yang rata-ratanya orang Islam dan Melayu diperkotak-katikkan oleh permainan rakus ahli politik Umno?,” soalnya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, TH membuat laporan polis terhadap bekas pengurusan tertinggi dan beberapa kakitangan kanannya berhubung penyelewengan dana berjumlah RM22 juta dan penjualan 95 peratus pegangan milik anak syarikatnya melibatkan jumlah RM3.8 bilion.


Menurut Ulya, penyelewengan yang berlaku dalam TH tidak boleh dimaafkan dan perlu disiasat dengan menyeluruh.

“Ini adalah penyelewengan dan penipuan yang terang-terangan mencuri duit rakyat. Saya pasti ini baru di permukaan sahaja, masih banyak kebobrokan yang berlaku jika didalami,” dakwanya.

-sinar harian

No comments

Loading...